Antara khasiat buah kurma yang perlu kita tahu
Zat dalam Buah Kurma boleh mencegah
Penyakit Kronik.
Kajian terhadap masyarakat Arab termasuklah keturunan Badwi yang
menjalankan amalan makan buah kurma secara teratur menunjukan kadar penyakit
kanser dan jantung yang sangat rendah. Secara saintifiknya perkara ini berlaku
kerana kandungan zat galian seperti
potasium, kalsium dan zat besi yang terkandung dalam setiap biji buah kurma dapat
mengaktifkan sel darah merah yang sihat untuk mengurangkan risiko seseorang itu
diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kandungan buah
kurma yang kaya dengan serat berfungsi menyapu dinding-dinding usus dan
menyelamatkan pemakannya dari terkena barah usus.
Pembantu wanita
dalam tempoh hamil
Selain dari
mengaktifkan sistem aliran darah dalam tubuh wanita hamil pemakanan kurma
secara teratur juga mampu memberi tenaga tambahan dan memudahkan peroses bersalin bagi wanita.
Pembunuh Kuman
Setiap serat dan sel
buah kurma mempunyai gizi tertentu untuk menguatkan antibodi tubuh untuk kekal
dan menjadi sihat. Perkara ini dirumus berdasarkan riwayat Saidina Ali (ra) “Barang siapa yang memakan 7
butir tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam
badannya”.
Pembina minda cerdas
kanak-kanak
Allah mencipta akar
pohon kurma yang mampu menjalar jauh menembusi
lapisan tanah tanih untuk menghasilkan buah-buah yang kaya dengan kandungan zat galian termasuklah
potasium, kalsium dan zat besi yang memberi munafaat untuk membantu proses tumbesaran dan
mengaktifkan minda kanak-kanak.
Buah kurma mampu membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Dan Cerdas
Kajian saintifik mengakui bahawa
sifat-sifat tahan lasak dan kekuatan pohon kurma memberi kesan positif pada
pemakannya selaras dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma
kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan
buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar,
bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”
Makanan sunah ketika kelahiran bayi
Menyapu manisan kurma pada bayi yang baru
lahir boleh membawa keberkatan pada sesaorang dalam kehidupannya sebagaimana terjemahan
riwayat Abu Musa ( ra ). katanya:
“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda
menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah
kurma.”
Penambah tenaga seksual lelaki dan kesihatan wanita
Buah Kurma diperkaya dengan kandungan vitamin
A dan C. Buah kurma yang dimakan bersama biji badam, daging kambing dan madu
mampu memanaskan tubuh dan mengaktifkan sel-sel tenaga kebatinan dalam tubuh sesaorang
lelaki sementara buah kurma yang dimakan
bersama madu dan kismis mampu menambah tenaga dalaman wanita.
Segala usaha sedang di buat untuk menyiapkan halaman ini secepat mungkin sebagai rujukan dan panduan peminat, pengusaha dan perdagangan kurma di Malaysia. Sehubungan itu kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan panggilan-panggilan yang tidak dapat di jawab kerana buat masa ini kami menerima terlalu banyak pertanyaan dan tempahan berkenaan projek tersebut. Sehubunga itu kami menyarankan pihak anda menghantar sms : "berminat untuk tanam kurma" dengan disertakan nama, alamat dan no telefon untuk dihubungi kepada petugas kami :
Ustaz Adi : 013-7251546
Cik Siti Izyan : 017-7064645
Tiada ulasan:
Catat Ulasan